31 December 2008

Suami Hyper Sex

SAYA berusia 36 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata. Saya dan suami sebaya, hidup kami bahagia.

Masalahnya, suami menginginkan hubungan seks selang sehari. Mulanya saya tidak kisah dengan permintaannya tetapi sejak akhir-akhir ini permintaannya saya anggap keterlaluan. Dia tidak mahu dengar alasan saya kepenatan.

Adakah hubungan seks yang dilakukan kerap kali akan menyebabkan penyakit? Untuk pengetahuan doktor, saya selalu rasa sakit pada bibir faraj setiap kali selepas bersama suami.

KEPERLUAN untuk kepuasan hubungan seks berbeza-beza di antara manusia. Lelaki juga mempunyai kepuasan hubungan seks yang berbeza dengan wanita.

Kekurangan nafsu menjadikan anda tidak menikmati hubungan seks, tambahan pula cecair pelincir daripada kelenjar Bartholin pada dinding faraj juga tidak membasahi faraj dan menyebabkan kesakitan.

Hubungan seks secara monogami (satu pasangan saja) lazimnya tidak menyebabkan penyakit jangkitan. Ada istilah penyakit jangkitan kelamin untuk keadaan ini yang lebih berlaku dalam keadaan hubungan poligami (berbilang pasangan).

Namun, hubungan seks yang kerap boleh mendedahkan wanita kepada jangkitan kuman ke dalam pundi kencing memandangkan geseran zakar pada bukaan saluran uretra kencing mengundang kemasukan kuman melalui uretra terbabit.

Ini ditambah dengan fakta saluran uretra wanita lebih pendek, bermakna lebih dekat dan mudah untuk kuman dari luar memasuki pundi kencing. Ada istilah “honeymoon cystitis” untuk keadaan jangkitan pundi kencing bagi wanita yang kerap menjalani hubungan seks (yang juga lebih berlaku sewaktu berbulan madu).

Penjagaan kebersihan diri dapat membantu mengurangkan risiko ini. Berbincanglah dengan suami mengenai masalah ini.HM

No comments: