15 December 2008

Bestt...Gila... Kawin Dua

SEBILANGAN lelaki suka menunjukkan kehandalan mereka dengan berkahwin lebih daripada satu. Yang merana bukan isteri, sebaliknya mereka juga. Apa tidak, setiap isteri memberi tekanan, hendakkan masa bersama dengannya, mahu menjadi isteri yang istimewa.

Akibat persaingan antara isteri, badan suami merana. Seks tidak seronok lagi untuknya kerana terpaksa melayani kerenah isteri yang makin lama makin mencabar. Pada waktu itu baru terasa bermadu itu tidak lagi manis, masam dan pahit. Lebih-lebih lagi jika mula mengalami masalah kesihatan.


Dalam keadaan tertekan, simptom penyakit menjadi lebih ketara. Mood dan minat melakukan seks kurang apabila perasaan syahwat mula tergugat.

Jika dulu mudah mencapai ereksi walaupun hanya melihat bayangan isteri, kini tidak lagi. Tengok isteri tercegat depan mata tanpa pakaian pun tidak jadi apa-apa. Tidak lagi mendongak, malah terlentuk. Ketika itu baru sedar langit tinggi rendah. Hendak bermadu konon.

Perkahwinan itu satu tanggungjawab, bukan setakat hendak menjamu selera. Jika sudah buat pilihan, sepatutnya anda membuat persediaan seperti mengetahui bukan saja kemampuan harta benda dan wang ringgit, tetapi juga kesihatan.

Bukan saja kesihatan ketika itu, malah kesihatan masa depan dengan mengambil kira penyakit keturunan. Jangan lupa pula penyakit akibat tekanan. Ini besar pengaruhnya kepada tahap kesihatan anda secara menyeluruh dan bayangkan ancamannya kepada hubungan dengan semua pasangan anda, ‘mati berdiri’ kata orang.

Apa hendak dibuat, jika bermadu, terima saja risiko kesihatan. Tiada lelaki yang ada lebih satu isteri duduk senang lenang. Ada saja masalah. Jika lelaki itu berkahwin tanpa memberitahu isteri, kahwin ‘curi’ atau ‘sembunyi’, bayangkan tekanan yang mereka alami, jantung berdebar-debar, takut jika pecah tembelang, nahas nanti.

Jangan pula fikir masalah selesai apabila isteri tahu. Perang dingin selama-lamanya. Jadi tidak hairan jika mereka kerap jumpa doktor untuk masalah kesihatan dan didapati mereka lebih kerap menjalani rawatan pelbagai penyakit seperti masalah kolesterol tinggi dan sakit koronari.

Bagi sebilangan lagi yang berkahwin dengan izin dan pengetahuan isteri atau berkahwin lagi atas sebab tertentu, mungkin keadaan mereka berbeza. Lelaki tidak rasa tertekan dan isteri tidak perlu berebut masa bersama, selain tidak memberi tekanan kepada pasangan. Mereka dapat menunaikan kewajipan syahwat tanpa tekanan dan mengikut kemampuan.

Namun yang banyak kita dengar ialah cerita seronok saja, seolah-olah bermadu semacam nikmat di syurga dengan bidadari, sedangkan realitinya tidak sebegitu.

Bagi lelaki bermadu dan memerlukan tips penjagaan kesihatan, senaman untuk stamina, kekuatan fizikal dan ditambah dengan senaman kegel (senaman kemut) untuk lelaki. Anda boleh mengawal tahap dan kekuatan ereksi ketika bersama isteri. Anggota seksual anda sentiasa mantap jika senaman itu dijadikan amalan. Maklumat senaman ini ada dalam laman web www.kegelexcercise.com.

Secara ringkas, ketika hendak lakukan kemut, pastikan kedua-dua paha rapat, cengkam lubang najis dan sekali gus tahan kencing dan kekalkan cengkaman itu antara lima hingga 10 saat.

Lakukan dalam 10 cengkaman setiap sesi senaman itu dan lakukan lima kali sehari atau pada bila-bila masa.

Lakukan sentuhan dan belaian lembut kepada anggota kelamin dua kali sehari selepas mandi dan guna krim pelembut kulit atau krim perapi anggota kelamin lelaki seperti krim ‘virile’ untuk lelaki. Mengikut saranan Imam al-Nawawi, anggota sulit perlu dibelai untuk menjaga dan menyegarkannya.

Suplemen herba yang anda boleh amalkan untuk penjagaan kesihatan syahwat dan tenaga batin ialah mengambil ekstrak Tongkat Ali yang larut dalam air. Antara yang disyorkan ialah NU-PREP dan NU-PREP 75 serta dos pengambilan mengikut maklumat yang dipaparkan di depan botol.

Yang lain saya tidak syorkan kerana tidak pernah diuji kaji keberkesanannya. Jangan makan ubat kuat dan ubat sembarangan seperti disyorkan kawan atau syarikat MLM yang kebanyakannya tidak berkesan.

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala memandangkan cabaran luar biasa anda yang berkahwin lebih daripada satu sedikit sebanyak boleh memberi kesan kesihatan. Jangan teragak-agak berjumpa doktor apabila mengalami masalah seksual. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa.

Saya tidak galakkan mana-mana lelaki berkahwin lebih daripada satu kerana lambang kelelakian bukan pada bilangan wanita yang ditidurinya atau jumlah isteri.

Berpasangan dengan wanita idamannya dan sama-sama mengecapi kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga secara aman, tenang dan ceria. Ini hanya dapat dilakukan dalam perkahwinan suami dan seorang isteri. Bagaimanapun, ini hanya pendapat saya.

No comments: