17 December 2008

Ketagih Seks Sejenis

seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 20 tahun dan tinggal bersama tiga rakan.

Dua daripada mereka sudah bekerja dan seorang lagi masih menuntut seperti saya.


Pada awalnya saya cukup seronok tinggal bersama kerana mereka banyak membantu saya dan rakan terutama dari segi kewangan kerana mereka berjawatan tinggi.

Namun, sejak kebelakangan ini, mereka banyak berubah.

Baru-baru ini, saya dan rakan diajak melakukan hubungan sejenis.

Pada awalnya kami menolak namun selepas dipujuk rayu, kami terpaksa melayan nafsu mereka dan ia berterusan sehingga ke hari ini.

Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka sudah banyak membantu saya dan rakan serumah.

Dr, saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana mereka ini bukannya sosial.

Di rumah, kami hanya berkain batik saja dan mereka juga tidak kelihatan seperti seorang pengkid atau pengamal hubungan sejenis.

Saya takut pelajaran kami terganggu kerana perbuatan itu, malah tidak dinafikan saya mula ketagih seks sejenis dan sudah beberapa kali terlanjur dengan rakan serumah apabila kesunyian.

Tolonglah saya Dr. Saya sudah tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya harap dapat mengubah kehidupan yang pahit ini.



Gadis menderita,
Kuala Lumpur



SIGMUND Freud, seorang ahli psikologi, menjelaskan apabila manusia dikuasai unsur ID, manusia hanya akan memikirkan keseronokan tanpa mempedulikan realiti dan pertimbangan dari segi moral dan logika.

Matlamat ID, mengikut beliau, adalah untuk memuaskan nafsu naluri semata-mata.

Dr melihat hubungan seks sejenis yang dilakukan oleh adik dengan rakan serumah adalah untuk memuaskan ID dan berpaksi kepada nafsu keseronokan.

Buktinya, keseronokan mengadakan hubungan sejenis itu tidak berakhir selepas kali pertama ia dilakukan.

Sebaliknya ia berterusan sehingga ke hari ini. Malah, adik sudah mula ketagihan seks sejenis.

Keseronokan ini juga menyumbang kepada tingkah laku seksual sejenis di kalangan mereka berjawatan tinggi, golongan tidak sosial atau pengkid.

Dr mengucapkan tahniah kerana adik ingin mengubah kehidupan adik yang pahit itu dan tidak mahu pelajaran terganggu.

Adik sebenarnya mempunyai pilihan untuk menentukan arah tuju hidup.

Ini kerana manusia bertanggungjawab di atas tingkah laku dan memilih jalan hidup mereka sendiri.

Adik boleh pilih jalan adik sendiri dan bukannya ‘terpaksa’ melakukan perkara yang adik tidak suka seperti mengadakan hubungan seks sejenis.

Walaupun mereka sudah banyak membantu adik, itu bukan alasan untuk adik merelakan diri melayan nasfu mereka kerana jika adik tidak rela, perbuatan seks sejenis tidak akan berlaku.

Pujuk rayu rakan serumah untuk mengadakan hubungan sejenis adalah satu bentuk penderaan seksual hubungan sejenis.

Penderaan adalah satu pola tingkah laku yang digunakan untuk memperoleh manfaat atau mendapat kuasa atau kawalan dalam sesuatu hubungan.

Penderaan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk penderaan seksual, psikologi/emosi atau ekonomi. Jika rakan serumah menggunakan hubungan seksual sebagai balasan kerana sudah banyak menolong adik, ia juga adalah satu bentuk penderaan seksual.

Dalam hal ini, adik mempunyai beberapa alternatif antaranya memilih untuk tidak tinggal bersama mereka dengan pindah rumah.

Dengan cara ini, adik boleh mengelakkan hubungan sejenis berterusan.

Walaupun dengan tindakan ini adik tidak lagi mendapat bantuan daripada mereka, namun adik sudah bebas dari pujuk rayu untuk melakukan hubungan seks sejenis.

Alternatif lain ialah adik perlu bersikap agresif dengan mengatakan tidak kepada pujuk rayu mereka.

Jika adik tidak mahu melakukannya, tentunya mereka tidak boleh memaksa adik. Ia juga berkaitan dengan membebaskan diri dari melakukan sesuatu yang dilarang dalam agama. Agama Islam amat melarang perkara ini (Surah al-Araf , ayat 80 dan 81).HM

No comments: