15 December 2008

Jimak Bogel

APAKAH hukum pasangan yang bersetubuh dalam keadaan terang dan tiada seurat benang pada badan?

Jika seseorang itu terlupa mandi wajib kerana haid atau kerana berjimak dan pada masa itu juga mereka bersetubuh, apakah hukumnya?
BAGI soalan pertama mengenai bersetubuh tanpa seurat benang, hukumnya makruh. Pasangan suami isteri dinasihatkan menutup badan mereka dengan kain, umpamanya selimut.

Bersetubuh sebelum mandi wajib selepas haid kering menurut kebanyakan ulama tidak dibenarkan. Oleh itu, isteri hendaklah mandi terlebih dulu.

Hanya Imam al-Awza'i dan Ibn Hazm membenarkan bersetubuh (sebelum mandi), itupun apabila isteri sudah membasuh atau membersihkan kemaluannya (Ibn Rushd, I: 94-96).

Sekiranya anda terlupa untuk mandi, mohonlah keampunan kepada Allah. Seterusnya mengulangi persetubuhan beberapa kali dibenarkan tanpa terlebih dulu mandi wajib. Selain itu, disunatkan untuk mengambil wuduk terlebih dulu.HM

No comments: