18 November 2008

Wanita Orgasme

Orgasme pada kaum wanita telah menjadi perbicaraan yang menarik perhatian, bahkan banyak dibahas dalam buku-buku seks ilmiah. Sejak terbitnya karya Masters and Johnson sekitar tahun 1960-an maka dongeng dan rahsia sekitar persoalan orgasme telah lenyap dan terungkap.

Sekarang telah diketahui bahawa meskipun pengalaman orgasme itu terpulang pada setiap individu namun proses jasmaniah orgasme itu sentiasa sama.

Bagaimana Wanita Mencapai Orgasme

Kaum wanita mempunyai cara yang berbeza-beza reaksi terhadap rangsangan hubungan kelamin. Walaupun begitu bukit di mana rambut kemaluan terletak(tundun), bibir kecil dan kelentit, serta liang faraj itu merupakan alat-alat kelamin yang memegang peranan penting. Clitoris atau kelentit merupakan alat-alat kelamin yang memainkan peranan penting. Clitoris atau kelentit itu merupakan bahagian yang paling peka kepada syahwat tubuh wanita. Itulah sebabnya terdapat wanita yang menghendaki rangsangan yang terus-menerus pada kelentit untuk mencapai orgasme. Pada hujung kelentit itu, deria rasanya sangatlah halus dan peka. Sentuhan yang terus-menerus dapat menimbulkan rasa kurang senang atau sakit.

Sebab itu sebahagian wanita menganggap belaian terhadap bahagian yang peka syahwat di sekitar tundun, baik dengan tangan, lidah atau alat penggetar menyeronokkan. Selama berlangsungnya persetubuhan, gerakan zakar yang keluar masuk liang faraj itu boleh menimbulkan rangsangan terus-menerus terhadap kelentit. Ini kerana ia dapat menggerakkan labia minora atau bibir kecil ke atas kelentit.

Merasakan Kemuncak Tahap Orgasme

Jangka waktu untuk mencapai orgasme itu berlainan pada setiap wanita. Begitu juga berbeza menurut keadaan dan suasana. Sesaat sebelum terjadinya orgasme maka akan terasa ketegangan selama 2-4 detik pada saat otot-otot kecil pada sekeliling faraj dan rahim itu mulai mengendur. Ini diikuti oleh orgasme itu sendiri yang biasa berlaku selama 10-15 detik. Ia terasa seperti suatu pengenduran otot secara berirama dan berturut-turut yang terjadi tiap
0.8 detik tiap gelombangnya. Mula-mula terasa sekeliling satu pertiga hujung luar faraj dan menjalar sampai dalam rahim. Rahim dan dubur pun ikut kempat-kempot.

Suatu orgasme yang lunak terjadi 3-5 kempotan. Orgasme yang kuat terjadi
8-12 kempotan. Ketika berlakunya orasme itu otot-otot perut, betis, lengan, wajah, kaki dan leher ikut menegang. Selepas itu semua keadaan badan wanita itu kembali lagi pada keadan normal diikuti rasa lega, santai dan penuh kedamaian.

Orgasme Berganda

Berbeza dengan kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme berganda. Maksudnya orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah orgasme pertama. Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan nafsu berahinya pada tingkat memuncaknya ia dapat melanjutkan orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang. Ada wanita mengalami orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu beberapa minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam satu jam.

Di antara sebab hubungan seks antara suami-isteri yang sangat dihajatkan adalah kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini adalah tujuan utama orang mengikatkan diri dalam perkahwinan. Tanpa adanya orgasme dalam setiap hubungan seks tentu akan menimbulkan berbagai akibat kejiwaan yang boleh merosakkan hubungan pasangan suami-isteri.
Kenyataan menerangkan ramai suami-isteri yang terpaksa berpisah atau melakukan penyelewengan seksual kerana tiadanya kepuasan dalam hubungan seks. Kepuasan itu ditandai dengan orgasme atau difahami sebagai kemuncak kenikmatan.

Baik orgasme itu secara beruntun, dari pihak lelaki dahulu dan kemudian disusuli isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme yang dapat dicapai secara bersama adalah yang paling baik dan ideal. Hampir semua lelaki mengalami orgasme setelah mengalami rangsangan seks. Pada wanita pula tidak ramai yang dapat mengalami orgasme.

Orgasme adalah puncak syahwat persetubuhan dan merupakan respons yang menyenangkan dan melegakan. Ia adalah puncak dari kepuasan fisiks dan emosi dalam aktiviti seksual. Kemuncak kenikmatan ini ditandai dengan terjadinya pancaran mani yang sangat kuat pada pihak lelaki.

Orgasme pada lelaki adalah ejakulasi sperma. Vas Deferens, Vesikula Seminalis dan kelenjar prostat berkonstraksi dengan hebatnya seraya memancarkan isinya ke dalam urethra yang kemudian memancutkan sperma. Selama orgasme cecairan ini dipancarkan melalui zakar oleh konstraksi-konstraksi berirama dari otot-otot sekitarnya. Jumlah konstraksi-konstraksi itu berbeza pada setiap individu, tetapi lazimnya antara

10-12 konstraksi. Sejumlah sperma kira-kira satu sudu kecil atau menurut penyelidikan moden 5cc.

Tanda orgasme pada wanita yang merupakan puncak seksualnya adalah gerakan-gerakan berirama dan tak sengaja dari alat kelaminnya. Reaksi-reaksi banyak bergantung pada bilangan vulva terutama di sekitar faraj dan kelentit. Faraj pada waktu itu berkerut dan kadang-kadang otot-otot lain ikut mengejang. Dalam pada itu terjadi getaran seluruh tubuh dan sensasi-sensasi menghisap dari lubang faraj.

No comments: