17 November 2008

Main Belakang

Suka Main Belakang

SAYA baru berkahwin sebulan dan setiap kali melakukan hubungan, isteri selesa jika saya masukkan kemaluan ke dalam duburnya. Dia juga memasukkan zakar dan buah zakar ke mulutnya, kemudian diikuti dengan kemasukan ke dalam farajnya. Adakah ia boleh memudaratkan kesihatan kami atau merosakkan alat kelamin kami?

PENGANTIN BARU
Kuala Lumpur

JAWAPAN

Hubungan keintiman seksual mengeratkan silaturahim sesebuah pasangan dan amalan serta pendekatannya mengikut keselesaan dan keterbukaan mereka.

Jika pasangan itu menikmati keseronokan bersama, itu petanda mereka mencapai matlamat naluri seksual.

Untuk menikmati keseronokan keintiman seksual yang lebih, sebilangan pasangan mencuba pelbagai pendekatan dan cara luar biasa dengan hasrat menikmati keseronokan luar biasa.

Mereka melakukan liwat dan seks oral luar biasa seperti pasangan wanita mengulum zakar dan buah zakar.

Mengikat dan menambat pasangan dan kadangkala memukul secara terkawal selain mencaci dan maki yang kononnya dapat meningkatkan lagi perasaan keintiman juga antara pendekatan luar biasa.

Ada juga yang membawa orang ketiga (kawan atau kekasih) ketika melakukan hubungan intim suami isteri.

Semua ini kononnya dapat menambah lagi keintiman seksual mereka. Itupun mereka tidak merasa puas lalu meningkatkan lagi amalan songsang dan tidak hairan jika mereka cuba pendekatan cekik mencekik!

Ada juga yang mempunyai `guru’ yang mengajar pelbagai pendekatan dan amalan seks luar biasa yang bercampur aduk dengan ilmu hitam seperti amalan minum air mani bercampur dengan air mazi perempuan.

Begitu juga melakukan `amalan nikah batin’, kononnya melakukan hubungan kelamin yang berterusan sepanjang malam dengan alat kelamin kekal bersatu, dan macam-macam lagi.

Hubungan kelamin untuk kebaikan bersama antara suami dan isteri atau pasangan yang sah. Ia bukan saluran untuk keajaiban atau misteri kerana tiada apa-apa yang ajaib.

Sebagai manusia yang agung dan mempunyai darjat tinggi daripada segala makhluk Tuhan, melakukan hubungan seksual ala binatang atau haiwan atau jembalang bukan cara sempurna.

Hubungan keintiman harus beradab dan berdisiplin, dengan kedua-dua pihak melakukannya dengan kerelaan dan bukan atas desakan atau penipuan (kononnya posisi tertentu memberi nikmat tertentu atau hikmat tertentu).

Elok anda elak melakukan hubungan seks songsang sebelum ia memudaratkan kesihatan anda berdua. Hubungan keintiman seksual antara pasangan bernikah ialah satu ibadah. Kembalilah ke pangkal jalan. Harian Metro.

No comments: