Showing posts with label Hamba Sex. Show all posts
Showing posts with label Hamba Sex. Show all posts

23 April 2010

Gadis Pekerja Sex

Gadis Indonesia dipaksa jadi pekerja seks di Limbang
23/04/2010 1:12pm

JAKARTA – Seorang gadis warga Indonesia berusia 18 tahun mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa menjadi pekerja seks di Limbang, Sarawak, diselamatkan oleh pejabat Konsulat Jeneral Indonesia dan diserahkan kepada keluarganya di sini semalam.

Gadis itu yang dijanjikan pekerjaan kononnya di pasar raya atau restoran di Malaysia dengan gaji RM5,000 sebulan oleh anggota sindiket penipuan, dibawa ke Limbang September tahun lepas.

Dia sebaliknya dipaksa bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam dan harus melayani sekurang-kurangnya dua lelaki.

"Tanggal 12 September saya tiba di kelab malam itu, malamnya langsung kena booking. Kemudian sampai berturut-turut setiap hari,” katanya dalam linangan air mata di pejabat Kementerian Luar Negeri dan di depan para wartawan.

Bapa saudaranya yang turut berada di pejabat itu berkata, dua agen mengaku orang Jakarta yang mengambil gadis itu untuk dihantar sebagai pekerja di Malaysia, kemudiannya disedari merupakan penipu yang turut memperdayakan ramai gadis lain.

Petugas pejabat Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching, Hendra Wirawan yang telah mengambil dan menghantar mangsa hingga ke Jakarta memberitahu pemberita bahawa modus operandi kes seperti yang dialami gadis itu ialah menggunakan pola pindah tangan iaitu dijual dari satu tangan ke tangan lain. - Bernama

Ps: Beringat-ringat selalu.

16 November 2008

Jadi Hamba Seks 3 Bulan

AMPANG: Penderitaan seorang remaja yang dijadikan hamba seks sekumpulan lelaki selama tiga bulan berakhir apabila dia melepaskan diri daripada cengkaman kumpulan itu, kelmarin.

Remaja perempuan berumur 15 tahun yang berasal dari Taman Melawati, dekat sini, dipercayai diculik lima lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.

Sejurus diculik, mangsa dibawa ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikurung dalam sebuah rumah sebelum dijadikan pemuas nafsu kumpulan lelaki terbabit.

Difahamkan sepanjang dikurung, mangsa dikatakan dirogol dan dipaksa melakukan seks oral hampir setiap hari tanpa belas kasihan oleh kumpulan itu.

Menurut sumber, mangsa mendakwa turut diperlakukan seperti haiwan apabila tangan dan kakinya diikat sebelum dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan lelaki berumur dalam lingkungan 20-an itu.

“Pergerakan mangsa juga diawasi dan dia tidak dibenarkan keluar dari rumah dipercayai disewa.

“Sepanjang tempoh itu, mangsa turut dipukul jika dia enggan melayan hawa nafsu kumpulan durjana terbabit,” katanya, semalam.

Kesengsaraan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Taman Melawati itu bagaimanapun berakhir apabila dia melarikan diri daripada kurungan selepas memperdaya seorang daripada mereka sebelum meminta bantuan orang ramai yang kebetulan melalui kawasan terbabit.

Sumber berkata, mangsa dihantar ke balai polis berhampiran sebelum dibawa ke hopital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

“Mangsa yang kini dalam keadaan trauma mendakwa dirinya dirogol kumpulan lelaki yang menculiknya.

“Polis sedang melakukan siasatan terperinci serta menunggu laporan daripada pihak hospital berhubung dakwaan mangsa,” katanya.

Menurutnya, usaha mengesan semua suspek kini giat dilakukan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Kami sedang mengumpul maklumat kejadian ini dan mengambil keterangan daripada mangsa bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi talian Rakan Cop di 03-21159999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.Harian Metro.