6 May 2009

Kejam!!! Rogol Budak 5 Tahun

KUANTAN: Akibat tidak dapat menahan gelora nafsu, tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Raub ditahan polis selepas disyaki mencabul dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 1 tengah hari hingga 5 petang di Kampung Sempalit, dekat Raub, tiga sahabat terbabit bergurau dengan kanak-kanak perempuan berkenaan sebelum mula bertindak liar dengan memasukkan jari dalam kemaluan mangsa dan merogolnya.

Sebelum itu, tiga sahabat terbabit berusia 13 hingga 15 tahun terbabit bertandang ke rumah mangsa untuk bertemu abangnya, bagaimanapun dia tiada di rumah.

Difahamkan, perbuatan tidak bermoral mereka berlaku apabila mangsa diajak masuk ke dalam bilik sebelum seorang daripadanya membuka seluar mangsa.

Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri, tetapi gagal apabila tiga remaja lelaki terbabit bertindak ganas memegang tangan dan kaki mangsa sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

Remaja terbabit kemudian meninggalkan mangsa dalam bilik bersendirian dan pulang ke rumah masing-masing.

Kejadian hanya disedari ibu mangsa berusia 45 tahun ketika mahu memandikan kanak-kanak itu kira-kira jam 6 petang.

Mangsa anak bongsu daripada tiga beradik mengadu kepada ibunya selepas berasa sakit serta pedih di kemaluan sebelum menceritakan kejadian sebenar.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di Hospital Raub mendapati kemaluan mangsa koyak dipercayai akibat kemasukan objek tumpul.

Katanya, susulan laporan ibu mangsa, polis menahan tiga remaja terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk siasatan lanjut.

No comments: